SEMINAR MAJLIS DEKAN-DEKAN PENDIDIKAN IPTA 2011
Transformasi Sistem Pendidikan Wadah Kemandirian Guru
27 - 28 September 2011, Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia, Serdang Selangor.

Mengenai UPM
 
Mengenai FPP
 
Penginapan
 
Senarai Abstrak
 
Aturcara Seminar
 
Jadual Pembentangan
 

Galeri Album

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PENGENALAN

Tranformasi sistem pendidikan Negara kita memberi penekanan terhadap pembangunan modal insan kelas pertama iaitu bina upaya adalah pendekatan utama ke arah mencapai status negara maju pada tahun 2020. Modal insan adalah harta yang boleh disuntik nilai tambahnya, diinjakkan nilai inteleknya serta diperbanyakkan modal budayanya. Pembangunan modal insan berkualiti bergantung kepada pendidikan berkualiti yang dapat menghasilkan individu yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju. Pendidikan juga perlu membentuk modal insan yang mampu berfikiran kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah berkeupayaan mencipta peluang baharu, mempunyai daya tahan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global yang sering berubah. Justeru, pembangunan sistem pendidikan bertaraf dunia mengikut acuan Malaysia adalah agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Para guru perlu mandiri serta memahami, menunjukkan kesungguhan, dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam melaksanakan daya usaha dan pendekatan baharu ke arah usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan. Ini adalah untuk melahirkan standard Guru Malaysia bertahap kompetensi profesional guru dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran. Standard Guru Malaysia akan dapat mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang patut ditambahbaik sejajar dengan perkembangan dan cabaran semasa dunia pendidikan.

Objektif

  • Menyediakan suatu dasar untuk menjana kepakaran dan mencerna idea ke arah kemandirian guru
  • Mewujudkan kolaborasi secara holistik
  • Mencetus idea perubahan dalam sistem pendidikan
  • Melahirkan piawaian guru yang menepati keperluan Negara

Penyertaan

  • Pensyarah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
  • Pensyarah Institusi Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)
  • Pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia
  • Pegawai Kementerian Pelajaran Tinggi Malaysia
  • Guru-guru sekolah
  • Pelajar-pelajar siswazah

 

 

 

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

© Hakcipta Terpelihara Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM 2011
Penafian : Universiti Putra Malaysia dan Fakulti Pengajian Pendidikan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.